Ubat Hati Ada Penawarnya, Betul ke?

Pada zaman sekarang makanan harian kita banyak yang diproses, disejukkan dan di masak. Ini merosakkan vitamin dan galian yang terdapat di dalam makanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila badan kita, terutamanya hati menjadi lemah setelah terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia seperti “racun serangga, racun rumput rampai, penyegar udara, agen pemutih, pengawet  dan antibiotik.
Hati kita mempunyai pelbagai fungsi penting antaranya ialah
Sebagai satu penapis untuk darahdan cecair limfa. Hati memproses dan memecahkan makanan, minuman dan toksik daripada rokok yang tidak sihat
Hati menukarkan bahan kimia larut lemak ini kepada bahan-bahan kimia yang larut air untuk memudahkan pembuangan dalam bentuk cecair seperti air kencing
Hati menyimpan bahan toksin
Untuk memudahkan penghadaman lemak, hati mengalirkan bile. Bile ini disimpan di dalam pundi hempedu dari mana ia dilepaskan dan digunakan dalam penghadaman lemakdan penyerapan khasiat
Hati penting dalam penghadaman protein. Apabila protein dipecahkan di dalam usus kepada asid amino amonia, satu bahan yang cukup toksik dilepaskan. Hati menyerap amonia dari darah dan menukarkan kepada urea yang kurang toksik (iaitu mengandungi nitrogen). Urea diangkut di dalam darah dan seterusnya dibawa kepada ginjal untuk dibuang daripada badan.
Hati membuang bahan-bahan toksin dalam badan kita.
Hati membina bahan-bahan pembekuan darah.
Apabila kita terlalu banyak makan, beban kerja hati bertambah kerana saluran-saluran hati perlu memproses terlalu banyak bahan kimia, ini akan mengakibatkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
Bagaimana DTX Complex Shaklee berfungsi sebagai Ubat Hati
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex, ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi ( herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Bagaimana pula untuk merawat perasaan yang berkaitan dengan hati, nak cuci hati, nak murnikan hati 🙂
Bak kata Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah cara nak mencuci hati ialah

1. Jaga solat dgn sempurna,
2. Solat taubat setiap mlm sebelum tidur,
3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & bykkan zikrullah,
4. Baca Quran setiap hari,

5. Minta maaf drp org lain & maafkan semua org,
6. Bisikan kendiri yg positif,
7. Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri,
8. Cuci pinggan, tandas, dll,
9. Berpuasa sunat,
10. Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari,
11. Kekalkan wudu’ sepanjang hari mengikut kemampuan,
12. Bykkan bersedekah,
13. Beri orang makan,
14. Jaga makanan (halal & yg baik2),
15. Berkawan dgn org ‘alim & org yg baik2,
16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,
17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tgn & kaki & deria hidu).
Mari kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dlm usha utk sentiasa memurnikan hati. 

Leave a Comment

CommentLuv badge