Tip Hilangkan Lenguh Kaki Dengan Minyak Mentari Gritz Aromatheraphy

Tip Hilangkan Lenguh Kaki Dengan Minyak Mentari Gritz Aromatheraphy

Baru-baru ni masa jalan-jalan sekitar KL dengan turun naik LRT dan MRT banyak berjalan kaki, menjelang malam, rasa nak tercabut kaki. Punyalah rasa sakit dan lenguh dan tu menggunakan kasut yang sesuai bukan high heel.

Kak Arni nak kongsikan Tip Hilangkan Lenguh Kaki Dengan Minyak Mentari Gritz Aromatheraphy. Sebelum tu kita baca dulu punca kaki kita lenguh.

Setiap orang mesti pernah merasai lenguh-lenguh kaki, pinggang, bahu. Antara punca lenguh kaki ialah disebabkan terlalu banyak kerja, melakukan aktivti tanpa henti, kurang tidur, kurang zat, terdapat darah tersumbat dan pelbagai punca.

Penyebab paling umum lenguh kaki atau kaki yang sakit adalah berpunca dari perjalanan darah yang tidak lancar di bahagian arteri kaki. Penyebab lain pula mungkin kerana otot kaki tegang dan otot betis pula meregang secara berlebihan. Berdiri terlalu lama juga membuatkan tekanan tertumpu pada otot-otot dibelakang kaki, terutama apabila anda memakai kasut tinggi. Antara perkerjaan yang terlibat ialah pekerja kilang yang berdiri lama dan promoter jualan.

Cara menghilangkan lenguh-lenguh kaki

Ambil semangkuk air suam air.Tambahkan satu senduk garam biasa ataupun garam bukit ke dalam air. Rendam kaki anda selama 15-20 minit.
Jika kesakitan tersebut sangat mencengkam seperti kebas lakukan gerakan seperti menggali dengan jari anda pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan selama 15-20 saat. Setelah kesakitan sedikit lega,  regangkan otot-otot kaki anda secara perlahan.
Makan 4 tablet Ostematrix Shaklee untuk menghilangkan kesakitan kaki. Ostematrix juga sesuai diambil oleh wanita mengandung dan menyusukan.
Gunakan ais yang telah dibungkus dalam plastik dan bungkus dengan tuala, kemudian tuam pada sendi serta mengelilingi lutut 10-15 minit. Pastikan kaki anda berada dalam kedudukan di tempat yang lebih tinggi.
Tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakan bantal untuk menopang kaki anda. Darah akan mengalir dan tidak berkumpul di bahagian kaki.

Minyak Mentari Gritz Aromatheraphy

Biasanya kita akan menggunakan minyak untuk memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darah. Sebaiknya gunakanlah Minyak Mentari Gritz Aromatheraphy.

Kelebihan minyak Mentari Gritz Aromatheraphy ialah untuk mengurangkan kesakitan pada sendi, kekejangan otot dan mengurangkan lenguh selepas banyak pergerakan. Dan istimewanya minyak ni tak panas dan berbau wangi seumpama anda di urut di SPA, best kan.

Harganya ialah RM45 sahaja dan tidak termasuk penghantaran.

Leave a Comment

CommentLuv badge