Susahnya Nak Bangun Tidur…Kenapa Ya?

Susahnya Nak Bangun Tidur...Kenapa Ya?
kring!!!!!! Aduhai dah bunyi la plak loceng ni, rasanya baru je nak nyenyak tidur, tak kisahlah dari apa jenis jam sekalipun yang anda telah kuncikan sebelum tidur. Rasanya baru je nak nyenyak tidur,  rasa nak sambung tidur balik tapi bila memikirkan hari ini adalah hari kerja, hari anak-anak sekolah atau uolls ada temujanji penting terpaksalah lupakan seketika tilam empuk, bantal busuk uolls tu.
Kenapa kita rasa tak bersemangat atau susah nak bangun tidur. Ada pelbagai punca mengapa situasi ini berlaku. Sebelum tu untuk makluman semasa anda tidur uolls berada dalam keadaan separuh sedar dan separuh tidur. Otot tubuh akan mulai tenang, tekanan darah dan denyutan nadi lebih stabil serta suhu badan akan menurun. Oleh itu kita akan sentiasa berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika tidur.
Secara umumnya apabila kita tidur dalam tidak berapa nyenyak, ia dikenali sebagai “tidur-tidur ayam”, relaks ok pada masa ini tubuh dan minda sedang mengambil masa untuk berehat sebelum mereka dapat tidur. Manakala tidur yang lena dikenali sebagai deep sleep (nyenyak). Pada ketika ini tubuh memberi ruang kepada otak untuk berehat  dan proses menjana semula tubuh akan terjadi pada masa ini. 
Mimpi ketika tidur adalah perkara biasa. Ia berlaku pada peringkat separuh nyenyak. Kebiasaannya mata kita akan bergerak-gerak waktu ini. Keadaan ini dipanggil Rapid Eye Movement (REM). Selesai bermimpi kita akan kembali ke peringkat “tidur-tidur ayam”, seterusnya apabila tubuh semakin selesa kita akan tidur dengan nyenyak. Sebaiknya tidurlah selama 8 jam setiap hari untuk mencapai rehat yang optimum.
Tapi kenapa kita masih rasa sangat mengantuk apabila bangun tidur? Kadangkala kita tidak nyenyak tidur pada waktu malam disebabkan sering terjaga kerana gangguan persekitaran atau mimpi dan seterusnya menyebabkan kita mengantuk pada keesokkan harinya. Bukan kerana tidak cukup tidur tapi kualiti nyenyak tidur itu gagal dicapai. 

Saya akan kongsikan dengan uolls beberapa petua untuk elakkan susahnya nak bangun tidur atau uolls bangun dari tidur dengan bersemangat, betul… memang rasa susah untuk hilangkan rasa eeii menyampahnya nak bangun ni hehe.

Sebaik-baiknya sebagai orang islam, sebelum dan bangun tidur biasakan diri dengan membaca doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur.

Gambar ihsan Google
1. Mengucapkan Rasa Syukur
Paling penting setiap kali ketika bangun tidur, panjatkan kesyukuran kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan. Bangkitlah dengan senyuman. Menggeliat sepuas-puasnya dan tanamkan semangat baru.
Susahnya Nak Bangun Tidur...Kenapa Ya?
2. Mandi
Terus mandi selepas bangun tidur, nescaya anda akan menjadi cergas.
3. Solat
Sebagai orang Islam, kewajipan kita adalah menunaikan solat Subuh. Ketika mengambil wuduk, kita sebenarnya sudah mengusir rasa mengantuk tersebut. Sudah pasti apabila kita mengambil wuduk kita tidak berada dalam keadaan “mamai”. Dengan berwuduk ia memberikan kesegaran dan membuka mata pada hari baru.
4. Senaman Ringkas
Melakukan senaman ringkas dapat menggerakkan semula  otot yang direhatkan semalaman. Tidak perlu senaman berat cukup sekadar menggalakkn otot-otot badan dengan aktiviti ringan  seperti bangkit tubi, tekan tubi, lari setempat atau ikut kemampuan uolls 🙂
5. Buat Sarapan
Panaskan air dan bancuh minuman. kemudian barulah buatlah apa sahaja hidangan ringkas untuk bersarapan. Apabila bekerja didapur anda akan segera cergas. Biar sekadar menyapu jem pada roti, ia tetap akan membuatkan anda celik daripada tidur. Mungkin aroma secawan kopi pembuka mata anda 🙂
6. Minum Air
Salah satu tabiat saya setiap kali bangun dari tidur ialah minum segelas air masak atau air putih suam. Antara khasiatnya ialah untuk kekal awet muda, membuang toksin dan bonusnya anda CERGAS. Cubalah amalkan setiap kali uolls bangun dari tidur.  
7. Makan Ostematrix Shaklee
Bagi ibu-ibu yang sering keletihan, walaupun uolls dah tidur beberapa jam tetapi apabila bangun dari tidur masih rasa lesu dan longlai, terutama mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Apakata anda ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur dan selepas bersarapan pagi anda ambil Vitalea dan B Complex, anda akan rasa perbezaannya. Tubuh anda akan lebih cergas dan bertenaga.

Bagi yang berminat nak order Shaklee sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/telegram : 010-2995619

Promosi berganda-ganda dari Shaklee Untuk Januari 2015, Vivix Shaklee, Alfalfa Shaklee dan Vitalea For Kids Shaklee

2 thoughts on “Susahnya Nak Bangun Tidur…Kenapa Ya?

Leave a Comment

CommentLuv badge