Sembelit, Jangan Di Pandang Ringan

Mungkin dalam hidup anda pernah mengalami sembelit, bagi mereka yang senang membuang air besar setiap hari memang tiada masalah tapi bagaimana pula bagi mereka yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu? Ya betul ni dah termasuk dalam mereka yang mengalami sembelit, Bagi warga emas yang berusia 65 tahun ke atas lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit ialah bersifat keras, kering dan berketul dan ini menyebabkan pengidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut. Juga menyebabkan pengidap berasa tidak puas membuang air besar, perut membuncit atau sakit perut. Tahukah anda bahawa jika sering sembelit menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan , selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Bahan bertoksik

Apabila sembelit sering berlaku ia menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi tidak bernilai dan toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan proses detokfikasi secara berkesan. Hasilnya nutrien tidak sampai kepada sel yang memerlukan dan toksin tidak dapat keluar dari tubuh jika anda mengalami sembelit. Najis yang mengeras juga menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan usus boleh tersumbat.

Jika sistem usus tidak berfungsi dengan sempurna maka ia akan menyebabkan datangnya penyakit lain yang mungkin lebih kronik dalam erti kata lain kita wajib cuci usus atau flush keluarkan semua kekotoran dalam usus kita. Detokfikasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid, ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca Sembelit

Antara punca sembelit ialah kurang minum air dan makanan tinggi fiber. Terlalu fokus apabila melakukan sesuatu kerja atau sembelit tu dah memang menjadi kebiasaan apabila sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.


Penyelesaiannya

Makan pelbagai jenis makanan yang banyak serat seperti kekacang, bijiran, buah dan sayur-sayuran segar
Amalkan minum air yang banyak
Elak tabiat menahan membuang air besar
Pengalaman sendiri, dulu saya juga sering mengalami masalah sembelit tetapi semenjak mengambil vitamin Shaklee masalah sembelit dah berkurangan, tidak teruk seperti dulu lagi. Antara vitamin yang wajib saya ambil saya setiap hari ialah Alfalfa, Ostematrix dan Herblax ( 1-2 kali seminggu ).
Jika nak order Set Sembelit,  klik sini
Paling takut ialah apabila selalu sembelit ia boleh menyebabkan masalah buasir.
Tahukah anda dianggarkan 55% penduduk Malaysia mengalami masalah buasir. 79% daripadanya adalah lelaki dalam lingkungan usia 20 – 60 tahun.
Puncanya ialah pemakanan tidak seimbang, terlalu banyak makan dan kurang pengambilan air.
Jika nak order Set Buasir, klik sini






Leave a Comment

CommentLuv badge