Resepi Roti Jala Yang Lembut Dan Mudah

Frankly speaking dulu-dulu memang tak rajin nak buat roti jala, pada Kak Arni macam leceh je nak membuatnya .. hehe M nya tu besar sangat . Bila anak-anak dah semakin membesar terutamanya semasa cuti sekolah, yang mana asyik lapar je. Mommy pun kena rajinlah kan syarat-syaratnya ialah resepi tu kena mudah dan ringkas dan bahan-bahannya pun mudah dicari atau disediakan. Lagipun kalau kita buat sendiri lebih menjimatkan.

Kebetulan pulak masa entri ni ditulis tengah cuti sekolah, hujan pulak tu dari pagi. Apalagi terus datang idea nak buat roti jala dimakan dengan kuah kari ayam. Kali ni buat memang banyak hampir 1kg tepung dan buat kari ayam terus 1 ekor, lauk ni boleh dimakan masa lunch terus.

Resepi roti jala ni memang sedap dan ianya lembut. Ada pelbagai resepi tapi pada Kak Arni yang ni paling simple dan mudah. Untuk yang baru belajar nak buat boleh cuba dulu dengan resepi ni ya.

Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Credit resepi to Azie Kitchen

Bab menggulung ni anak-anak memang rajin menolong. Bagi yang tak tahu macam mana nak menjala boleh je tengok kat youtube, zaman sekarang kan mudah je gunakan teknologi yang ada untuk kebaikan 🙂

2 thoughts on “Resepi Roti Jala Yang Lembut Dan Mudah

Leave a Comment

CommentLuv badge