Rawatan Untuk Bayi Yang Mengalami Pusat Bengkak

Rawatan Untuk Bayi Yang Mengalami Pusat Bengkak
Gambar ihsan Google

Pernah tak diantara bayi kita mengalami pusat bengkak selepas beberapa hari pusatnya telah kering dan tertanggal sendiri? Yang mana didapati pusatnya mengalami bengkak kemerah-merahan disekeliling pusat dan hampir menanah. Jangan dibiarkan atau cuba merawat sendiri segeralah bawa berjumpa dengan doktor untuk dirawat, keadaan ini  dipanggil “umbilical sepsis”.

Umbilical sepsis bermaksud pusat anak dijangkiti kuman dan kuman tersebut telah masuk ke dalam darah. Perkara ini selalunya berlaku jika penjagaan pusat kurang rapi. Pusat bayi mungkin tertanggal dengan sendirinya tetapi belum kering sepenuhnya.

Kebiasaannya doktor akan merawat dengan antibiotik kerana bayi tidak mempunyai antibodi  yang cukup untuk melawan kuman. Jangkitan kuman selalunya dapat dibendung setelah antibiotik diberi. Pemberian antibiotik ini selalunya tiada kesan sampingan di masa depan seperti yang dinyatakan oleh pakar kanak-kanak.

Cara-Cara Untuk Mengelakkan Bayi Mengalami Pusat Bengkak

Sebagai seorang ibubapa/penjaga yang bertanggungjawab kita haruslah memastikan baki tali pusat bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan kuman. Rajin-rajinlah teliti setiap inci badan anak yang baru dilahirkan, terutamanya bahagian pusat,  bahagian pelipat. Jangan sampai anak demam, lesu dan tidak mahu menyusu akibat mengalami pusat bengkak dan membawa kepada keadaan yang lebih serius.

Selain itu, dalan keadaan cuaca yang panas, pakaikan bayi dengan pakaian yang longgar. Ini akan menggalakkan peredaran udara dalam bajunya dan boleh menyebabkan baki tali pusat cepat kering. Jangan sesekali memandai-mandai menarik baki tali pusat, biarkan baki tali pusat tanggal dengan sendiri secara semulajadi.

Anda boleh mencuci tunggul bayi dengan air biasa atau dengan sabun lembut tanpa wangian atau sedikit pencuci bayi pH neutral yang dicampurkan dengan air mandi. Selepas bayi dimandikan atau dicuci , tepuk-tepukkan tunggul itu dengan lembut dengan tuala atau kain lembut. Pastikan bayi tidak sejuk dan biarkan tunggul kering dengan baik sebelum memakaikan lampin.

Susukan bayi anda seperti biasa, susu ibu mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi anda pulih dengan cepat jika mengalami jangkitan kuman dan menyebabkan pusat bengkak.

Hargailah masa dengan bayi anda semasa dalam pantang. Ibu pun harus jaga kesihatan dengan jaga pemakanan dan amalan semasa berpanyang. Amalkan pemakanan yang seimbang. minum air yang secukupnya dan makan vitamin untuk kesihatan ibu dan juga bayi anda. Sila rujuk link yang berkaitan.

Makanan yang dielakkan semasa berpantang Caeserian

Set Bersalin Shaklee Boleh Kurus

Testimoni Set Berpantang Shaklee, Luka Cepat Sembuh, Badan Cergas Dan Tidak Sembelit

Ingin dapatkan Vitamin Shaklee dengan percuma atau diskaun 5% sila hubungi saya dengan segera.

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Leave a Comment

CommentLuv badge