Petua Elakkan Bentan Bagi Ibu Yang Baru Bersalin – Shaklee Shah Alam

Petua Elakkan Bentan Bagi Ibu Yang Baru Bersalin – Shaklee Shah Alam

Pernah tak rasa semasa dalam pantang , badan rasa seram sejuk macam nak demam, perut rasa tak sedap, badan banyak angin dan dalam masa yang sama baby meragam, Baby meragam sebab ibu kurang sihat terutama baby yang menyusu badan.

 

Kita ni perempuan kena jaga badan terutamanya dalam pantang sebab masa inilah badan kita nak pulih, semasa proses kelahiran kita dah banyak keluarkan darah dan sedang keluarkan banyak darah kotor samada anda bersalin normal atau caeserean. Tenaga dah banyak digunakan semasa proses bersalin dan dalam masa yang sama walau lemah kita kena susukan anak. Takkan nak sumbat baby baru lahir dengan nasi kan.

Bila pulang ke rumah , kerja-kerja rumah lagi nak buat belum dengan anak-anak lain yang mendambakan perhatian kita. Sehingga kita terlupa yang kita baru bersalin. DI sini pentingnya peranan suami untuk membantu untuk membuat kerja-kerja rumah termasuk memasak, menguruskan kain baju dan uruskan anak-anak yang lain.

Jika ada ibu atau ada pembantu yang membantu itu satu bonus. Orang tua-tua selalu pesan jangan banyak berjalan semasa dalam pantang atau bermain dengan air. Bila selalu berjalan dikhuatiri ibu jari terlanggar benda keras dan menyebabkan anda tumpah darah! dan pitam. Pesan orang tua-tua bersebab bukan suka-suka atau ketinggalan zaman. Kita nak badan kita cepat sembuh, sebaiknya jangan langgar pantang. Jika kita pernah bentan , kita susah nak sembuh dengan cepat dan ada yang ambil masa untuk sembuh sampai berbulan-bulan.

Selain anak, kita ada suami, takkan nak suruh dia “berpantang” terlalu lama kan.

Terdapat pelbagai jenis bentan

1 Bentan urat pinggang

Biasanya terjadi kepada mereka yang bersalin secara caeserean. Wanita yang bersalin secara caeserean kena berhati-hati sebab luka di dalam sangat besar walau kita tak nampak secara mata kasar. Bila kita bangun, duduk semuanya kena slow and steady. Me myself dah 3 kali melaluinya sangat-sangat faham keadaan berpantang selepas caeserean.

2 Bentan Urat Peranakan

Semasa dalam pantang elakkan buat kerja yang berat-berat atau angkat barang yang berat-berat. Kita tak nak semasa membuat kerja-kerja tersebut kita terjatuh. Ia bukan sahaja membuatkan kita pantang dengan lebih lama malahan suami pun kena “berpantang” sekali 🙂

3 Bentan Urat

Bentan urat ni sering dialami oleh ibu-ibu yang dalam pantang, Ada yang tak kena bentan urat ni walau dia buat pelbagai kerja semasa dalam pantang. Akan tetapi once you kena bentan nak bangun pun susah. Badan akan jadi sangat lemah , urat bisa dan sendi badan sakit. Hingga badan menggigil walau cuaca tengah panas

Petua Elakkan Bentan Bagi Ibu Yang Baru Bersalin – Shaklee Shah Alam

1 Banyakkan rehat , elakkan angkat benda-benda yang berat, jika boleh minta orang lain untuk mandikan baby yang baru lahir

2 Jaga kebersihan. Kerap tukar pad, “wap” Miss V menggunakan  garam dan kunyit jika bersalin normal

3 Jaga makan – Yang ni sangat-sangat penting, Jangan ikutkan nafsu yang tengah bercelaru tu. Lepas pantang makanlah tetapi secara perlahan-lahan . Try n error

Elakkan makan sayur kekacang, kobis dan terung

Elakkan makan bergatal Seafood contohnya kecuali ikan yang berdaging putih. Elakkan ikan seperti ikan pari, terubuk , ikan keli

Elakkan makan buah-buahan yang sejuk

Elakkan minum ais/air sejuk

4 Pantang bersama suami selagi tak bersih dari nifas (pantang 46 hari, 60 hari, 100 hari)

 

Antara petua lain yang ibu-ibu boleh guna ialah

Sapu minyak di seluruh bandan. Kak Arni cadangkan Minyak Urut Aromaterapi Serai Wangi oleh Gritz Aromatheraphy

Pakai baju panas

Berstokin sepanjang masa kecuali semasa ke tandas

Bertungku

Elakkan tidur dalam aircond atau kipas menghala direct ke anda.

Selain mejaga pemakanan. Kak Arni sangat galakkan anda mengambil vitamin tambahan untuk memberi tenaga, luka cepat pulih dan dapat menyusukan bayi dengan lebih tenang lagi. Boleh lihat Vitamin Berpantang Shaklee untuk maklumat lanjut

 

Leave a Comment

CommentLuv badge