Menu Ringkas Untuk Anak Kecil Dan Memudahkan Pengasuh

Menu Ringkas Untuk Anak Kecil Dan Memudahkan Pengasuh

Memandangkan zaman sekarang ini ramai ibu-ibu yang bekerja dan kesuntukkan masa untuk menyediakan makanan untuk anak-anak , entri kali ini saya kongsikan menu ringkas dan mudah untuk pengasuh atau pembantu rumah sediakan sepanjang anda bekerja. Kita permudahkan urusan mereka dan dalam masa yang sama anak-anak kita mendapat khasiat yang secukupnya.

Akan tetapi menu ini hanya cadangan, berbincanglah dengan pengasuh jika anak-anak tidak berminat untuk makan dengan menu yang disediakan  atau menu yang mana menjadi kesukaan anak-anak. Kadangkala anak-anak apabila bersama dengan pengasuh selera makan mereka tidak sama. Kebiasaannya kanak-kanak menjadi cerewet dengan makanan menjelang umut mereka 1 – 3 tahun.

Isnin

Sarapan

– 1 cawan susu
– 1 mangkuk bijirin sarapan pagi

Minum Pagi

– 1 cawan susu
– 1 biji buah epal

Makan Tengahari

– 1/2 cawan nasi putih
– 1 mangkuk kecil sup ayam bersama kentang dan lobak merah
– 1 cawan air kosong

Minum Petang

– 1 cawan susu
– 1 keping roti gandum bersama mentega kacang

Selasa


Sarapan

– 1 cawan minuman coklat
– 1 keping roti telur

Minum Pagi

– 1 cawan susu
– 1 biji pisang

Makan Tengahari

– 1 cawan nasi goreng cina bersama brokoli
– 1 cawan air kosong

Minum Petang

– 1 cawan susu
– 2 keping biskut lemak bersama jem

Rabu


Sarapan

– 1 cawan susu
– 1 bun sosej

Minum Pagi

– 1 cawan susu
– 1 potong betik

Makan Tengahari

– 1/2 cawan nasi putih
– 1 mangkuk sup ikan bersama tomato dan saderi
– 1 cawan air kosong

Minum Petang

– 1 cawan susu
– 1 biji bun kentang

Khamis

Sarapan

– 1 cawan susu
– 1 keping lempeng pisang

Minum Pagi

– 1 cawan susu
– 1 biji buah limau

Makan Tengahari

– 1 mangkuk bubur nasi bersama ayam dan sayur-sayuran
– 1 cawan air kosong

Minum Petang

– 1 cawan susu
– 1 muffin coklat

Jumaat


Sarapan

– 1 cawan susu
– 5 ketul jemput-jemput ikan bilis

Minum Pagi

– 1 cawan susu
– 1 biji buah lai @ pir

Makan Tengahari

– 1/2 cawan nasi putih
– 1 mangkuk ikan masak masam manis
– 1 cawan air kosong

Minum Petang

– 1 cawan susu
– 3 keping biskut

Menu-menu ini sekadar cadangan untuk seminggu mungkin minggu yang berikutnya boleh tukar -tukar menu ikut keperluan dan selera anak. Anak-anak yang sedang membesar dan aktif juga memerlukan vitamin untuk mencukupkan keperluan zat harian mereka. Shaklee Vita-lea kid sesuai untuk anak-anak yang berumur 4 – 12 tahun, manakala bagi yang berumur 1 tahun ke atas boleh mengambil Mealshake sebagai makanan tambahan terutama bagi anak-anak yang tidak menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menariknya Vita-lea Kid ini mesra untuk gigi anak-anak kerana ia menggunakan pemanis semulajadi Xylitol  dan ia tidak menyebabkan kerosakan gigi.

Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan

Bebas gluten maka ia selamat untuk kanak-kanak yang alah gluten

Didatangkan dalam perisa anggur yang sangat sedap dan disukai kanak-kanak

Khasiat yang anak-anak dapat dengan mengambil Vita-lea Kid Shaklee setiap hari.

Dan yang paling menariknya bulan ini, Shaklee melanjutkan pembelian 3 botol dan dapat 1 botol percuma.

Penjimatkan hebat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee
Perlu khidmat rundingan?
Hubungi saya 
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Leave a Comment

CommentLuv badge