Mengapa Saya Yakin Dengan Shaklee – Tambah Pendapatan

Diam tak diam dah hampir 4 tahun saya dalam bisnes Shaklee, asalnya beli set menyusu, secara automatik apabila vitamin yang kita makan itu serasi dengan badan kita. Kita akan jatuh cinta, anak saya menyusu hingga umur beliau 3 tahun setengah berbanding dengan abang-abang yang hanya dapat menyusu sehingga 1 tahun sahaja.

Memandangkan masa itu saya tidak bekerja, saya ingin berpendapatan sendiri lagi pun dah terbiasa bekerja selama 10 tahun lebih, rasa macam tak seronok tidak dapat pegang duit sendiri. Selepas Google  dan Google tentang Shaklee maka saya pun sign up sebagai SID Shaklee, untungnya saya ialah saya sign up dengan upline yang memang bermotivasi tinggi dan yang sentiasa membantu downline, tidak pernah penat, putus asa dan sentiasa membimbing dan membantu kami iaitu Master Lyna Noh dan Master Zainul. Terima kasih untuk beliau suami isteri.

Mengapa saya masih yakin dengan Shaklee sehingga sekarang walaupun dah 4 tahun?

1. Produk

Produk Shaklee berkualiti dan harga yang kita bayar adalah setanding dengan kualitinya. Memang ada banyak produk yang menyatakan mereka bagus dengan harga yang mahal tetapi kesannya tidak seperti yang mereka iaitu pengguna harapkan. Vitamin Shaklee adalah semulajadi, selamat dan berkesan.

2. Sistem

Sistem dalam Shaklee adalah adil, Siapa yang usaha lebih dia dapat lebih. Pembayaran bonus tak pernahnya bertunda , sentiasa ada setiap tengah bulan (jika anda layak untuk terima bonus).

3. Nilai Selepas Jualan

Bila kita berniaga dan bergerak secara berjemaah, bukan sahaja kita bertambah kenalan dan bercerita tentang vitamin, duit, kekayaan, kejayaan sahaja. Malahan kita akan rasa nilai ukhwah, nilai keberkatan niaga dan nilai kasih sayang itu yang menyebabkan kita lagi sayang dengan perniagaan kita.

Bila kita berkongsi tentang kebaikan Vitamin Shaklee dan mereka yang membeli dengan kita, makan dengan konsisten seterusnya mereka kembali sihat dan bertenaga itu adalah kepuasan kepada kami sebagai SID Shaklee. Dalam masa yang sama kita juga mendoakan mereka mendapat kesihatan yang baik.

Yang penting jangan berhenti berkongsi kebaikan Vitamin Shaklee kepada semua orang. Sihat itu adalah nikmat. Diluar sana ramai yang belum mengenali Shaklee, rugi kalau kita tidak berkongsi kebaikan Shaklee.

Sebagai seorang surirumah, saya bersyukur dan bertuah kerana dengan perniagaan Shaklee yang saya lakukan, dengan usaha dan izin Allah saya ada pendapatan sendiri samada sedikit atau banyak kita patut bersyukur. Perjuangan dalam perniagaan perlukan masa, perlukan kekuatan dalaman dan perlukan keyakinan. Dah jatuh bangun balik, jangan cepat mengalah. Niat kita ialah untuk membantu orang lain lebih sihat , mempunyai tambahan pendapatan. Hubungan kita dengan Allah perlu kita jaga kerana DIA pemberi rezeki.

Kita sedia maklum zaman sekarang adalah zaman duit walaupun duit bukan segala-galanya. Pandang muka anak-anak, fikirkan masa depan mereka. Semoga dengan usaha yang kita lakukan ini boleh memberi kebahagiaan kepada keluarga kita.

Dengan bonus Shaklee juga saya membuka perniagaan lain, bukan tidak setia dengan Shaklee akan tetapi cabang bisnes baru saya ialah perniagaan makanan yang membantu usahawan muslim tempatan. Kita bantu membantu sesama kita untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Dan dalam masa yang sama kita tambah kenalan dan ilmu baru.

Celebrity yogurt
Sate Kebab Akmal

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan sendiri dengan modal yang rendah. Sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whastapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Leave a Comment

CommentLuv badge