Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Biasanya minum petang kita akan minum kopi, teh o apakata kali ni kita ubah sikit dengan memerah lemon ke dalam teh o suam anda, pasti anda rasa segar dengan keharuman buah lemon, nak lain sikit lagi boleh tambah kayu manis untuk kelainan rasa.
Bagi mereka yang perut terasa berat, sering sendawa, kembung atau terasa panas, situasi ini dikenali sebagai gangguan pencernaan, apa yang menjadi masalahnya ialah serangannya membuatkan kita berasa cukup tidak selesa dan adakala sehingga mengganggu aktiviti seharian. Untuk meredakan ketidakselesaan mungkin anda boleh mencuba resepi berikut
Lemon dan Halia
Apa yang anda diperlukan ada di dapur rumah anda, kalu takde pegi la kedai sekejap beli bahan-bahannya 🙂
Hanya dua sudu makan jus lemon, halia dan madu lalu dicampurkan dengan segelas air hangat. Minum ramuan ini selepas makan. Hasilnya segala angin akan keluar dan anda akan tersenyum kelegaan 🙂
Antara khasiat lemon ialah
Lemon ialah antara buah yang kaya dengan antioksidan, biasanya dijual dipasar dan pasaraya harganya pun tak terlalu mahal.
Jus lemon membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik.
Titisan pati lemon yang pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan hati dan sistem penghadaman.
Ia juga membantu meningkatkan antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
Amalan meminum jus lemon setiap hari dikatakan mampu mengurangkan masalah gastrik.
Dan banyak lagi khasiat lemon yang mungkin ramai tidak tahu 🙂
Lemon juga digunakan di dalam masakan, pernah dengar lemon chicken, kek lemon, sedap uolls 🙂 Perahan lemon juga digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria.
Lebihan lemon tu uolls gosokla kat tumit dan lutut yang bermasalah.
So apa tunggu lagi, jus lemon sedang menunggu untuk menyegarkan anda

Leave a Comment

CommentLuv badge