J’adore Christian Dior – Dexandra Shah Alam

Dibaluti Kemewahan Glamor Emas

Wanita dengan emas tidak dapat dipisahkan. Ibarat lagu dengan irama.

Bagi peminat emas, wangian J’adore Christian Dior yang glamor dan moden sesuai untuk mereka berketrampilan mewah berkilauan.

Main Accords

Floral
Fruity
White Floral
Sweet
Aquatic

Bercirikan klasik dan bercitarasa tinggi botol wangian ini sendiri berbentuk seperti Amphora Yunani. Wangian yang feminin, sedikit manis dan nyaman dengan bauan mandarin yang segar di atasnya diikuti dengan bauan melati, plum dan orkid yang membangkitkan perasaan serta iringan bauan amaranth, musk dan blackberry pasti membuatkan pemakainya berasa mewah dan berkeyakinan tinggi.

Pereka yang mereka wangian J’adore ini pada tahun 1999 ialah Calice Becker. Wangian ini sesuai digunakan oleh mereka yang muda atau yang lebih dewasa. J’adore Christian Dior adalah pilihan yang tepat untuk anda berketrampilan sofistikated, feminin dan menawan

Leave a Comment

CommentLuv badge