Bagaimana Sihatkan Kolon Dengan Set Detox Shaklee

Set Detox Shaklee Bersihkan Kolon

Sejak mengamalkan Shaklee, set tiga beradik ni Lecithin, Herblax dan Alfalfa memang wajib ada dalam simpanan saya. Set Detox Shaklee ni memang paling best untuk bersihkan kolon daripada kotoran dan keladak yang tersimpan dalam usus.

Masalah yang selalu saya kena hadapi bila cuti-cuti Malaysia ke, Hari Raya ke ialah masalah pembuangan sampai husband saya cakap payah nak ikut Kembara kalau cerewet sangat macam ni hehe.

Sangat tak seronok kalau proses pembuangan tak lancar, perut rasa kembung, tekak mual maklum la toksin dan gas berkumpul dalam badan dan tak dikeluarkan, paling haru sekali ialah angin naik kepala, habis keseronokkan nak bercuti dan berehat.

Sejak mengenali Set Detox Shaklee masalah ni dah hilang, dengan itu apabila perut tidak meragam, hati pun senang dan boleh bercuti dengan tenang. Rugi kalau anda yang mengalami masalah macam saya tak mengambil Set Detox Shaklee ni.

Selain dari mengamalkan Vitamin Set Detox Shaklee, untuk menyihatkan kolon, pemakanan dan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan untuk mencegah  Sindrom Usus Rengsa (IBS), kanser kolon, juga boleh mengurangkan kembung, sembelit, diarea, letih dan angin.

Terdapat beberapa cara yang boleh sihatkan kolon anda antaranya ialah

Serat

Makanan yang kaya dengan serat adalah pilihan terbaik untuk kolon yang sihat. Antara makanan yang mengandungi serat ialah pisang, prun, pea, brokoli, kekacang dan pasta  mil penuh adalah permulaan terbaik untuk membersihkan tubuh. Makanan seperti beras perang, bijirin sarapan  dan roti mil penuh juga kaya dengan serat. Peranan serat ialah membantu pergerakan bahan buangan  makan di sepanjang saluran penghadaman. Secara tidak langsung membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko penyakit divertikular.

Vitamin D

American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan pengambilan Vitamin D yang berterusan bermanfaat dalam mencegah kanser kolon dan mengekalkan kolon yang sihat. Sumber Vitamin D boleh didapati samada daripada cahaya matahari pendedahan selama 15 – 20 minit sehari dan makanan seperti roti, ikan berlemak, susu dan bijirin.

Jika makanan kurang membekalkan Vitamin D, anda boleh dapatkan melalui suplemen, Vitamin D juga diperlukan dalam mencegah osteoporosis.

Jangan Tangguhkan

Sikap yang suka menahan diri dari membuang air besar perlu dibuang, jangan tangguhkan melainkan anda mencari tandas. Sikap yang gemar bertangguh boleh menyebabkan bahan buangan yang terkandung dalam usus besar membebaskan toksin, yang boleh menjadi punca divertikulosis dan IBS.

Kerap membuang air besar merupakan salah satu cara membersihkan dan mengekalkan kesihatan kolon.

Bersenam

Bersenam seharusnya diamalkan untuk mengekalkan kesihatan kolon. Dengan meningkatkan pengaliran darah yang boleh didapati melalui bersenam, kolon dan seluruh sistem penghadaman mendapat lebih oksigen.

Ini boleh mengurangkan risiko kolon kanser dan lain-lain penyakit. Rutin kecegasan tidak perlulah terlalu ekstrem. Regangan, yoga atau berjalan kaki 10 -15 minit sehari sudah memadai untuk mendapatkan kolon yang sihat.

Air

Kekurangan air boleh mendorong kepada pengumpulan toksin dalam tubuh. Semasa toksin berkumpul risiko sembelit, kembung, gas dan keletihan akan bertambah. Sebaiknya minumlah air masak atau air kosong 8 gelas sehari atau 2 liter sehari untuk membersihkan tubuh.

Amalkan gaya hidup yang sihat untuk diri dan keluarga. Set Detox Shaklee merupakan pilihan yang terbaik untuk membersihkan kolon anda.

Nak order, sila klik Set Detox Shaklee

Leave a Comment

CommentLuv badge