Bagaimana Atasi Jerawat

Sedang leka menonton tv tangan pun memegang pipi….eh apa ni banyaknya bonjol-bonjol kesan jerawat yang nak keluar macam berlumba-lumba pulak sedangkan kulit muka boleh dikategorikan normal. Pasti anda pernah menghadapi situasi macam ini kan?

Apa itu jerawat? Jerawat merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kalenjar minyak di bahagian kulit. Masalah ini terjadi apabila kalenjar minyak menghasilkan minyak kulit (sebum) secara berlebihan sehingga menyebabkan penyumbatan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit.

Perubahan hormon, bakteria, faktor genetik dan tekanan adalah antara beberapa faktor yang boleh meransang pertumbuhan jerawat.  Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, bahan kimia seperti yang terdapat pada kosmetik dan sesetengah medikasi juga boleh menyebabkan kejadian masalah kulit ini.

Pemakanan yang sihat adalah salah satu kunci untuk memperoleh kulit yang sihat dan berseri. Pengambilan nutrien antioksida sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikkan kulit. Beta-karotena, vitamin c dan E adalah komponen penting untuk memperbaiki fungsi dan tekstur kulit, manakala mineral zink pula membantu mengimbangkan penghasilan minyak kulit dari kalenjar minyak serta mencegah parut. Kajian mendapati bahawa pengambilan minyak evening primrose oil secara berterusan akan menguatkan lapisan kulit dan melicinkan permukaan kulit.

Dari segi penjagaan kulit, elakkan pendedahan kepada matahari dan sekiranya terlibat dengan aktiviti luar, gunakan bahan pelindung matahari (SPF 15) yang tidak menyebabkan alahan. Anda juga diingatkan supaya tidak menyentuh atau memicit jerawat dengan tangan. Pilihlah produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan anda.

Selain itu pastikan anda minum air masak sebanyak 2-3 liter sehari dan tidur yang secukupnya. Tidur penting untuk memastikan proses pembaikpulih badan berjalan dengan lancar. Diwaktu tidur sel-sel tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan.

Jika anda masih tercari-cari vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat dari dalam, Set Vitamin Kecantikan Shaklee boleh membantu anda 🙂

Vitamin B Complex – Menyebabkan kulit anda nampak glowing dan cantik berseri
Vitamin C – Memberi kolagen kepada kulit anda untuk kelihatan tampak tegang dan sihat
Vitamin E – Vitamin paling penting untuk kecantikkan kulit. Memperbaiki struktur  asas kulit 
mengatasi masalah jerawat, kulit kering, kulit berminyak dan kurangkan parut.
Peranan ESP untuk kulit yang cantik, gebu dan mulus

1 thought on “Bagaimana Atasi Jerawat

  1. kalau boleh air mineral @ air yang dimasak hendaklah diminum dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya 2 liter atau 8 gelas sehari.. ini pun dapat bantu atasi masalah jerawat dimuka.

Leave a Comment

CommentLuv badge